My Blogger Blog ~ Because I’m a Girl

November 3rd, 2007 by iylokie-05

Click Here To Visit My Blogger Blog - Because I’m a Girl

My Wordpress Blog ~ Perjalanan Ini…

July 13th, 2007 by iylokie-05

Please Click Here To Vist My Wordpress Blog ~ Perjalanan Ini…

i love novel!

July 6th, 2007 by iylokie-05

"cinta…di mana?" oleh annur puteri

nampak penulis melayu sekarang sangat produktif.

mampu mengeluarkan novel yang dapat mengubah perspektif dan cara pemikiran seseorang.

dulu, saya selalu aggap, orang yang tak tinggi pelajarannya, susah nak bahagiakan diri sendiri dan orang lain.sob.sob.sob.

tapi bila baca novel ni, my stupid opinion change.

novel ni mengisahkan dua beradik, mariah dan muzamil.kehidupan yang susah menyebabkan mereka sering bersama.belajar, solat, berbual, kongsi masalah.hubungan mereka sangat erat.mereka sering bersama kerana mereka tidak sampai hati membebankan ibu bapa mereka.

mereka pelajar yang cemerlang.

mariah.muzamil.

mariah seorang kakak yang penuh kasih sayang.

muzamil seorang adik yang sanggup berkorban ape sahaja demi kakaknya.

ada satu, dua kisah yang membuatkan muzamil sanggup berkorban untuk kakaknya.mengaku kesalahan yang bukan dilakukannya dan mengorbankan zaman persekolahan.demi kakak yang tercinta.

bukan kakak mementingkan diri.bukan adik yang terlalu bodoh mengorbankan diri.kakak tak sedar yang dia telah menumpahkan sepenuh kasih sayang kepada adiknya.lalu, muzamil mengorbankan segalanya untuk kakak yang tercinta.

saya sendiri menangis bila tulis novel review ni.

muzamil la yang buat saya terfikir…muzamil.akal prejudis lama saya menyatakan dia insan yang tak berpendidikan tinggi, insan yang akan gagal membahagiakan diri sendiri dan orang lain kerana bertekad berhenti sekolah untuk memberi laluan kepada kakaknya.

kini,saya menghormati insan sebegitu.saya jatuh cinta dengan muzamil.watak fantasi di fikiran penulis, annur puteri.tapi saya percaya,muzamil mewakili insan yang mengorbankan pelajarannya untuk kebahagian orang lain.ya.dia mampu membahagiakan kakaknya tanpa meminta balasan.

saya bermonolog.saya kata pada diri saya sendiri.janganlah memandang rendah golongan seperti muzamil.dia ada kisah yang tersendiri.kisah yang telah menggugurkan air mata saya.

semalam.waktu abah menghantar saya ke utp, saya nampak seorang buruh yang terlibat dengan pembinaan jalan.saya bertanya.untuk siapa dia berkorban?kenapa dia di sini?kenapa dia tak sesenang orang lain?jawabnya…insan yang susah inilah yang menyenangkan hidup orang lain.tentu sekali untuk keluarganya.dan tanpa dia dan rakan seangkatan,siapa yang mahu menjadi mereka?

Maha Suci Allah.Allah tahu hikmah keseimbangan alam.tanpa keseimbangan,manusia tidak mungkin belajar untuk bersyukur.kekurangan dan kelebihan.kemiskinan dan kekayaan.

kontra.kontra itulah yang membuatkan manusia saling menyempurnai.

seperti mariah dan muzamil.

selain itu,novel ini jugak membuatkan saya lebih menghargai adik2 saya.nakal baik mereka,merekalah yang buat saya kuat.matang.Allah bagi saya adik untuk membuatkan saya jadi penyayang,matang dan lebih bertanggungjawab.

klu saya ada baca novel lain, saya pasti akan berkongsi dengan kamu semua.